Wednesday, 12 April 2017

Engkau tetap Cinta SejatiKu



CINTA SEJATIKU -Pertama & Terakhir

"Cinta sejati adalah saat aku melihat keadaan terburukmu dan aku tetap mempertahankan utk terus mencintaimu"

Tidak ada seorang pun manusia di muka bumi ini yang sempurna, semua mempunyai kelebihan dan kekurangan...

Sama halnya dengan engkau SyurgaKu, engkau adalah seseorang yang berbeza dengan orang lain bagiku...
Pandangan orang lain dan pandanganku mengenai engkau adalah berbeza.

Tetapi apa pun yang di katakan orang lain atas keburukanmu, tetap aku putuskan untuk selalu mencintaimu​...

Aku mencintaimu tanpa syarat...

Mencintaimu aku seperti berharap ...amat2 berharap agar kita akan bahagia dalam membina keluarga & menunaikan janji2 kita...

Banyak orang yang bercerita tentang masa lalumu, tetapi aku tidak peduli, satu hal  yang ingin engkau ketahui adalah perjalanan mencintaimu bagaikan perjuangan bagiku...kerana engkau pernah berkata Cinta Itu Milik Allah...

Banyak orang di sekeliling​ku yang mengingatkanku untuk berhati-hati,tapi aku memilih untuk mencintaimu dan itulah​ keputusan awal dan akhirku untuk selalu bersamamu...aku mempercayaimu kerana engkau suamiku...SyurgaKu...

Aku tahu engkau x sama seperti orang lain, tapi engkau x perlu menjadi orang lain untuk membuatku berhenti memperjuangkanmu...engkau tetap SuamiKu yg aku Cinta Sepenuh hatiku...

Tetaplah menjadi dirimu sendiri kerana aku x akan berhenti mencintaimu...
Ya Allah...mengapalah aku & suamiku menjadi mangsa zaman fitnah ini...hanya engkau sahaja mengerti sebabnya & aku redha dgn ujianMu...

Kekasihku, satu hal yg perlu Sayang tahu, aku mencintaimu dengan tulus hingga sikap2 terburukmu. Aku mencintaimu bermula dari kekuranganmu hingga kelebihanmu...Aku tetap bermohon pada Allah semoga kita diberi petunjuk & sama2 baiki kelemahan kita serta betulkan arah tuju hidup kita utk bekalan akhirat..Aamiin

Ya Allah...engkau terimalah taubatKu & segala amalanKu moga ia dapat melengkapkan ibadah & ibadat SuamiKu...Aamiin

SyurgaKu...
Engkau adalah engkau seperti yang ada dalam fikiranku, seperti yang aku fikirkan, bukan seperti yang orang lain katakan @ fikirkan...

Aku amat2 menyayangimu & akan terus mencintaimu tanpa melihat kekhilafan/ kesalahan yang engkau lakukan padaKu...

Aku menyintaimu kerana Allah yg telah memberi rasa Cinta ini & mengekalkannya dalam lubuk hatiKu tapi bagiku engkau sangat bererti kerana engkau adalah Cinta PertamaKu & TerakhirKu SyurgaKu...









No comments:

Post a Comment