Wednesday, 26 April 2017

Jasa Kawan2 utkKu & Kasih Jannah

Ya Allah...engkau berkatilah amalan sahabat2ku & saudara maraku yg setia membantuku utk menguruskan urusan hidupku bersama Kasih Jannah...Budi & jasa korang akan ku kenang sehingga bila2 pun...

Allah ada di saat aku amat2 perlukannya melimpahkan rezeki & keperluan kami...
Bertuahnya aku dapat sahabat2 & saudara mara yg perihatin pasal aku & Kasih Jannah...semua keperluan Kasih Jannah dari Duit, pampers,baju2 shocks & mitten,lampin,selimut,bantal,tilam, beg keperluan Jannah semua aku x perlu beli...semuanya diorang bagi..alangkah bertuahnya aku & Kasih Jannah...





















 

Monday, 24 April 2017

DoaKu untuk SuamiKu Syurgaku

Semoga Doa Yang Aku Kirimkan Buat Suamiku Ini Di Makbulkan Ya Allah....

PadaMu Aku Berserah Segalanya....

Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engkaulah yang mampu mengeluarkannya.

Ya Allah, berkatilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami, dan selalu jadikan kami berada di jalanMU yang lurus.

Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami.

Aamin Ya Rabbal Alamin...


Sunday, 23 April 2017

I really miss you Syurgaku

Hanya Allah saja yg tahu betapa aku merinduimu SayangKu...x pernah sekalipun aku melelapkan mata tanpa mengingatimu & mendoakanmu serta bangun kembali mengenangkanmu & kembali berdoa kepada Allah dgn harapan engkau akan sentiasa dibawah lindungan yg Maha Kuasa...Aku amat2 mencintaimu SyurgaKu...

Kali Pertama mengenal Cinta Indah


Kali pertama melihatnya...aku yakin dia jodohku... semuanya masih segar dalam ingatanKu... dimana kehidupanKu kembali bersinar dgn harapan baru...aku amat2 mencintaimu Sayang....

Cinta Itu Milik Allah


Kekuatan Doa

Ya Allah...lindungilah SuamiKu selalu, ampunilah segala dosanya, berikanlah kesihatan terbaik buat Syurgaku, engkau permudahkanlah dia dalam mencari rezeki yg halal semoga terhindar dari rezeki yg haram...

Ya Allah...aku berharap semoga amalan & ibadahKu akan melengkapi ibadah SuamiKu SyurgaKu...Aamiin


Kisah Teladan Suami Isteri

Sebelum Semuanya Terlambat...

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami
.
berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.
.
Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.
.
Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.
.
Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.
.
Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.
.
Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.
.
Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.
.
Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..
.
.
.
Namun suatu hari….
.
.
Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.
.
Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.
.
Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..
.
Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….
.
.
.
SAYANG….abang mintak maaf….
.
Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….
.
Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….
.
Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….
.
Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….
.
Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..
.
Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..
.
Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….
.
SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..
.
.
Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….
.
.
Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……



Hadiah Pemberianmu Syurgaku

Kenangan bersama tetap segar dalam ingatanku... Pemberianmu juga masih utuh bersamaku..selagi aku hidup,akan aku jaga & pertahankannya.. Tidak semua Cinta akan bersama tetapi Kasih Sayang tetap akan berakar selamanya...
Ya Allah...lindungilah Syurgaku...Aamiin



Luahan Rasa HatiKu

Ya Allah...walau di mana pun SuamiKu...engkau lindungilah dia & ampunilah segala dosa2nya...Berkatilah hidup SuamiKu...Aamiin






Saturday, 22 April 2017

Tentang HatiKu

Ohh Hati...
Terimalah kenyataan ini bahawa semuanya telah pun berlalu & berakhir...Tp susah utkKu yakinkan Hati sendiri supaya berhenti berharap...

Hati berkata...

Wahai diri...
Sedarilah cinta sejati itu ia akan tetap terang & bersinar di dalam hati ini... kerana CintaMu Kepada Dia adalah Cinta Yang Ikhlas & Suci...Allah tetap tahu tentang ini...

Wahai diri...
Tetapkanlah berdoa utk SuamiMu,CintaMu...
berdoalah sentiasa kerana aku faham engkau amat2 menyintai SuamiMu...& setiap hari engkau setia sentiasa mendoakan SuamiMu..Allah faham, Allah nampak...betapa sayangnya dirimu kpd SuamiMu...walaupun engkau telah banyak terluka...engkau masih mencintainya, memaafkannya...

Wahai Hati...
Sesungguhnya Aku x dapat menidakkan Kebenaran Itu kerana aku telah bersumpah & berjanji walau apa pun terjadi ..Aku tetap akan terus mencintainya...Walaupun  penantianku ini akan dibawa hingga ke Pintu Syurga...
Aku akan terus mendoakan SuamiKu Selamanya...

Aku amat2 mencintai SuamiKu SyurgaKu...

Yang tetap Setia hingga ke Jannah,

Farmiliafairy


Wednesday, 19 April 2017

DoaKu UntukMu SuamiKu SyurgaKu

Ya Allah...lindungilah SuamiKu SyurgaKu walau di mana dia berada...berkatilah hidupnya, permudahkan jalan SuamiKu dalam mencari rezeki yg halal & hindarkanlah yg haram ..sihatkanlah tubuh badannya...selamatkanlah dia dari tipu daya dunia Ya Allah...terangi hati SuamiKu dgn CahayaMu Ya Allah...
Ampunkanlah segala dosa2 SuamiKu Ya Allah...tenangkanlah hatinya...Aamiin

Jauhi dia dari org2 yg zalim, haramkanlah azab kubur & azab api neraka dari menyentuh tubuh SuamiKu...Aamiin


Sesungguhnya...aku amat2 menyintainya..
Makbulkanlah segala doa2Ku...



Monday, 17 April 2017

Aku korbankan hati aku selama ini

Terima kasih Ya Allah utk segalanya...
Byk sgt aku pelajari bila aku berada diatas & byk juga yg aku belajar bila aku berada di bawah...

Byk benda aku sembunyikan terutama keperluan aku, kepayahan aku, penantian aku utk buat SuamiKu x susah hati..Tapi kenapa penghujungnya aku juga yg dilukai...


Sungguh byk yg telah aku pelajari dlm kehidupan ni...aku faham x semua pengorbanan kita org akan hargai...

Aku tetap Aku...yg x pernah berubah walaupun pernah dilukai..kerana Aku tahu Allah sentiasa ada dgnKu... Dia faham Cinta & Kasih SayangKu utk SuamiKu terlalu ikhlas...

Aku mohon padamu semoga engkau akan Kurniakan SyurgaMu UntukKu...Aamiin





Saturday, 15 April 2017

Patung Baby Bear Qaseh Menjadi Milik Kasih Jannah


Patung Baby Bear ni adalah milik anak keduaKu Qaseh...baby bear ni masih aku simpan elok tanda kenangan Qaseh utk Mama...

Betapa Mama rindukan anak2 Mama...Intan Nuralya Nabila & Intan Nuralyssa Qaseh, bertahun Mama merindui anak2 Mama...apakan daya keadaan x mengizinkan kita utk bersama... Mama redha...Mama berdoa semoga suatu hari nanti anak2 Mama masih ingat & akan cari Mama...

Kasih Jannah nampak mcm selesa dgn Yellow Baby Bear ni...masih dlm proses mengenal apa itu Baby Bear...mungkin...
Jannah da pandai nk sentuh Baby Bear ni...usaha nk jatuhkannya...



Friday, 14 April 2017

Kisah SahabatKu Ahteng Sepet

Betapa aku bersyukur dgn kehidupan ini...Allahuakhbar ...sungguh besar nikmatmu kepadaKu...kerana dugaan kami berbeza walaupun hampir sama...semua keadaan Allah beri,kita sebagai manusia wajib bersyukur...aku wajib bersyukur...kerana sehebat- hebat dugaan Allah beri padaku hebat lg dugaan Allah yg Allah beri pada sahabatku Fatin (Ahteng Sepet)...Aku bersyukur padaMu Ya Allah...
Dugaan kami sama...merana kerana terlalu sayangkan Suami ...sama2 bersyukur selagi ada masa,nyawa,nafas & bersyukur walaupun selepas Mati...

Jika Cinta kita ikhlas kerana Allah..Allah akan mengekalkan perasaan itu dalam hati kita selamanya...

Allah menguji kita bersebab & ada hikmah...Allah beri kebahagiaan supaya kita mensyukuri nikmat kebahagiaan bersama suami...bila Allah beri ujian kita kehilangan suami kita Allah beri nikmat persediaan utk berdikari dalam menghadapi kematian bila Allah memberikan pinjaman berbentuk kehidupan kepada kita...

Allah ambil nikmat itu, Allah nak kita berdikari/belajar menangani kekecewaan, kesedihan,kepedihan hati kita...utk pasangan kita, Allah uji sama dia tentang Sumpah & Janji2 dia pada kita,kehidupan & Allah ingin dia sujud serta berada di jalan yg lurus...agar dpt membimbing keluarga dgn sebaiknya...semuanya ada hikmah...

Aku sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa melindungi SuamiKu walau di mana pun dia, sihatkan tubuhnya, selamatkan dia dari semua bahaya ,melimpahkan kepadanya rezeki yg halal & mohon Allah ampuni segala dosa2/kekhilafan SuamiKu SayangKu SyurgaKu...

Apa2 pun aku amat2 bersyukur dikurniakan anak Intan Nurkasih Jannah supaya aku kuat & menceriakan hidup aku...Kehadirannya, tunjukkan aku jalan ke Syurga ...In shaa Allah Aamiin  

"Kasih Jannah...Mama sayangggg adik sgttt2...adik wat Mama jadi kuat...Semoga  adik jadi anak yg pintar & solehah sayang...In shaa Allah Aamiin"

Dan..Ya Allah ...aku amat berharap engkau pinjamkanlah kekuatanmu padaku & sahabatku Ahteng Sepet...Aamiin



















Takziah Buat Fatin...

Alfatihah Buat Kapten Sazali Sakiran
Semoga tenang & bersama dgn org2 beriman disisi Allah SWT...In shaa Allah Aamiin