Sunday, 28 May 2017

MimpiKu

Ya Allah...betapa besarnya nikmatmu padaku...

Ya Allah...engkau Maha Mengetahui bahawa aku amat2 merindui SuamiKu SyurgaKu..sehingga malam kedua Ramadhan ...aku bermimpi bertemumu SayangKu...engkau datang tidur di sebelahku & memelukku...Ya Allah rindunya...X putus2 air mata ini jatuh berderai...betapa hati aku mencintainya...

Ya Allah..terima kasih atas segala nikmatmu ...Ya Allah...doaku hanya agar engkau akan sentiasa melindungi SuamiKu Syurgaku selamanya...Aamiin


Ramadhan Mulia 2017 1438

Ya Allah...aku amat bersyukur Ramadhan ini aku masih lg diberi kesempatan olehMu  untuk mengecapi nikmatnya...sesungguhnya aku amat2 bersyukur padamu Ya Allah...

Ramadhan tahun lepas engkau beri aku kesempatan utk berkhidmat di rumah mertuaku ..masih ku ingat segala kenangan & keindahan di sana bersama keluarga SyurgaKu...Terima Kasih Ya Allah...

Ramadhan kali ini..Yang berjauhan darimu sayang...Yang berharap agar Sayang sentiasa sihat & sentiasa dilindungi Allah serta diberi petunjuk sebenar2nya oleh Allah...

Sayang...kalau lah Sayang tahu betapa Yang terlalu menyayangi & mencintai Sayang kan...Malangnya..Sayang x menyedarinya...

Sayang...Yang terlalu rindukan Sayang...rinduuu sgt2 ...apa2 pun Yang doakan Sayang sentiasa bahagia & berjaya dlm hidup ini..semoga Allah melimpahkan nur dlm hati Sayang agar Sayang sedari semuanya...Aamiin...

SayangKu SuamiKu SyurgaKu...
Selamat Berpuasa Sayang...semoga Allah sentiasa akan merahmati Sayang...





Sunday, 21 May 2017

KerinduanKu PadaMu SuamiKu SyurgaKu


Semalam sebelum aku melelap mata untuk lena, aku amat rindu utk memeluk suamiku. Betapa indahnya memeluk tubuh seorang insan yang halal untukku. Tetiba jiwa tersentap, mengalir air mata tanpa henti. Sayunya hati ini memikirkan dia telah tiada lagi disisi. Betapa hebatnya suamiku dimataku. Lalu aku berdoa sejenak...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau panjangkanlah umur suamiku, berikanlah kesihatan yang baik agar dia bisa mengerjakan ibadahmu dan perlakukan amalan suci dengan sempurna. Ya Allah, Engkau curahkan lah rezeki yang meluas untuknya agar dia dapat menjalani tanggungjawabnya dengan sempurna di dunia ini. Tabahkan lah hatinya dari segala dugaan hidup duniawi ini. Peliharalah dia dari segala musibah dan kejahilan manusia. Dan Engkau anugerahkan lah cinta yang suci pada kami berdua dalam menjalani bahtera kehidupan ini...

Panjangkanlah & kekalkanlah jodoh kami berdua sehingga ke SyurgaMu Ya Allah.
Tabahkanlah hati kami, Kuatkanlah semangat kami & Kuatkan Cinta Kami Berdua Amin .. Ya robbal alamin"

Wednesday, 3 May 2017

Buat Tatapan SuamiKu Syurgaku

♥ DOA BUAT SUAMI ♥

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkan semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Jika suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yg terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu..

Aku buta tanpa bimbingan Mu..
Aku kekurangan tanpa hidayah Mu..
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

"I LOVE MY HUSBAND"..

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin


Mungkin juga akan bertemu di pintu Syurga...In shaa Allah


Tuesday, 2 May 2017

Aku sanggup berkorban

Aku berkorban demi melihat engkau bahagia...



Berubahlah ke arah yg lebih baik Syurgaku

Ya Allah...aku hanya mampu berdoa utknya setiap hari..utk keselamatan & kesihatannya..semoga engkau dengar & utamakan doaKu Ya Allah...

Aku terlalu sayangkan dia & hanya berniat mahu dia berubah ke arah yg lebih baik utk dirinya sendiri..mohon engkau bantu aku & suamiKu Ya Allah...

Makbulkan doa2Ku...

Allah kuatkan CintaKu PadaMu Syurgaku

Allah sentiasa mengizinkan CintaKu sentiasa ada dalam hatiku...Terima Kasih Ya Allah...sesungguhnya aku amat2 mencintai SuamiKu..Kuatkanlah Cinta Kami & Lindungilah Cinta Kami... In shaa Allah Aamiin


Aku sentiasa mencintaimu SyurgaKu

Ya Allah...tabahkanlah HatiKu di saat aku terpaksa berjauhan dari SyurgaKu...semoga engkau sentiasa kuatkan CintaKu kepadanya agar aku sentiasa setia dengannya sepanjang hidupku..
Ya Allah izinkanlah Dia menjadi Cinta TerakhirKu In shaa Allah Aamiin


DoaKu UntukMu Sayang

Ya Allah...lindungilah SuamiKu, terangilah hatinya dgn cahaya petunjukMu...supaya SuamiKu terkesan Kasih SayangMu...jgnlah engkau hukum suamiKu di atas setiap kekhilafannya...Berilah kami petunjuk agar kami tidak akan tersesat & lalai di dunia & akhirat...

Ya Allah...aku amat2 mencintainya...terimalah amalanKu agar dapat menjadi pelengkap ibadat SuamiKu...
Aamiin Rabbal Alaamiin





 

Aku redha dgn jalan takdirMu UntukKu

Ya Allah...tidak pernah aku merungut atas segala ujian & DugaanMu padaKu..kerana di dalam hatiKu...aku sedar engkau amat2 mencintaiKu...berilah aku kekuatan & ketabahan dalam mengharungi hidup ini sementara menunggu waktu dipanggil pulang...



Sendiri & Hanya Aku

Kekadang aku perlu bersendirian utk tenangkan hatiKu...supaya aku boleh berfikir & bertindak untuk kesejahteraan diriku,anak2Ku utk meneruskan kehidupan ini seiring dgn perbanyakkan ibadah & membesarkan anak2Ku dgn sepenuh kasih sayang agar suatu hari nanti mereka akan jadi anak2 yg solehah serta sentiasa beriman padaMu..

 

Berkatilah Setiap JalanKu Menuju Dekat PadaMu Ya Allah

Ya Allah berkatilah usaha aku & anak2Ku demi meneruskan kehidupan ini...dalam mencari redhaMu, terimalah segala amalanku,ibadatku & sedekahKu utk melengkapi ibadat SuamiKu Syurgaku..Aamiin